Pages

Monday, April 21, 2014

Pengenalan Kepada Internet dan Web

-----

Internet and Worldwide Web

Internet adalah gabungan rangkaian komputer serata dunia. Gabungan ini melibatkan penggunaan berbagai jenis perkakasan dan perisian komputer yang dimiliki oleh syarikat telekomunikasi, organisasi awam dan orang persendirian. Melalui gabungan rangkaian ini, pelbagai perkhidmatan berasaskan pertukaran data dapat diwujudkan termasuklah Worldwide Web (Web).
Antara teknologi utama yang digunakan di dalam Internet ialah TCP/IP. TCP bermaksud Transfer Control Protocol. Ia merangkumi aspek pemindahan data dari satu peranti komunikasi (communication device) ke peranti yang lain. IP bermaksud Internet Protocol. Ia merangkumi aspek penentuan lokasi setiap komputer yang berada di dalam rangkaian Internet (atau mana2 rangkaian setempat yang menggunakan teknologi TCP/IP). Melalui teknologi TCP/IP, maklumat elektronik dapat dihantar dari satu komputer ke komputer yang lain dengan cekap meskipun jarak perhubungan ini sangat jauh.
Lihat klip video ini untuk memahami bagaimana teknologi TCP/IP berfungsi (http://www.youtube.com/watch?v=Ve7_4ot-Dzs)

Worldwide Web (Web)

Worldwide Web atau WEB adalah sejenis perkhidmatan perkongsian dokumen dan aplikasi elektronik melalui rangkaian Internet. Pertukaran data elektronik dilakukan dengan berdasarkan teknologi HTTP (Hyper Text Transfer Protocol). Apabila dua komputer berhubung melalui kaedah HTTP, kedua-duanya akan melalui kitaran yang dipanggil HTTP Request/Response

HTTP Request/Response Basics

HTTP Request/Response adalah sebahagian dari kitaran perhubungan di antara dua mesin yang berinteraksi menggunakan teknologi HTTP melalui rangkaian Internet. Maklumat lanjut tentangnya boleh dibaca di http://devhub.fm/http-requestresponse-basics/.
Ringkasnya:
1. Perhubungan bermula apabila pengguna melawat sesebuah tapak web melalui URL tapak tersebut, e.g google.com
2. Komputer pengguna akan menghantar HTTP Request untuk mendapatkan laman web di komputer google.com.
3. Komputer google.com menerima HTTP Request, lalu memprosesnya dan mengembalikan data yang diperlukan melalui HTTP Response.

Client-Server Architecture

Client-Server Architecture adalah satu senibina perhubungan komputer di mana peranan dua komputer yang sedang berinteraksi melalui rangkaian komputer (seperti Internet) ditakrif sebagai Client (komputer yang memohon data, iaitu HTTP Request) dan Server (komputer yang melayan permohonan data, iaitu HTTP Response).
Sesebuah komputer Client perlu mempunyai perisian Web Client seperti perisian Web Browser untuk membolehkannya menghantar isyarat HTTP Request dan memaparkan isyarat HTTP Response yang diterima dari Server.
Sesebuah komputer Server pula perlu mempunyai perisian Web Server seperti Apache, Microsoft IIS atau Apple OS X untuk membolehkannya menerima isyarat HTTP Request, memproses permohonan dan memulangkan isyarat HTTP Response ke komputer Client.

History of Web Browsers

Terdapat berbagai perisian Web Browser yang digunakan pada hari ini. Sejarah perisian ini bermula pada tahun 1990 pada Tim Berners Lee memperkenalkan teknologi Web. Lihat infografik berikut untuk mengikuti perjalanan sejarah Web Browser.

History of Web Server Software

Web Server pertama di dunia terletak di URL http://info.cern.ch/. Jika anda melawatnya, anda berpeluang membaca kisah tentangnya termasuklah komputer pertama (komputer NEXT) yang menjadi hos perkhidmatan ini.
Perisian Web Server yang pertama dikenali sebagai CERN HTTPD (http://en.wikipedia.org/wiki/CERN_httpd), kemudiannya diikuti oleh NCSA HTTPD (http://en.wikipedia.org/wiki/NCSA_HTTPd). Pembangunan perisian NCSA HTTPD diteruskan oleh projek Apache (http://en.wikipedia.org/wiki/Apache_HTTP_Server). Projek Apache terus berkembang sehingga sekarang. Pada tahun 2009, ia telah mencatat rekod melepasi jumlah penggunaan oleh 100 juta tapak web.
Antara perisian Web Server terawal selain Apache adalah Netscape Enterprise Server 1994 (http://en.wikipedia.org/wiki/Netscape_Enterprise_Server) yang kini dikenali sebagai Oracle iPlanet Web Server (http://en.wikipedia.org/wiki/Oracle_iPlanet_Web_Server). Syarikat perisian gergasi Microsoft turut mempunyai perisian Web Server sendiri yang dipanngil Internet Information Service, IIS yang mula diedar melalui perisian Sistem Operasi NT seawal tahun 1995 (http://en.wikipedia.org/wiki/Internet_Information_Services).(Lihat juga imbasan sejarah syarikat Microsoft terhadap pembabitan mereka di dalam Web, http://www.microsoft.com/misc/features/features_flshbk.htm)
Pada hari ini terdapat berbagai produk perisian Web Server (lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Comparison_of_web_server_software).
Apache masih kekal popular dan terdapat berbagai jenis produk variant yang dihasilkan daripadanya. Tutorial dalam dokumen ini juga akan menggunakan perisian Apache yang diedarkan olehhttp://www.usbwebserver.net/en/

Web Application Development

Pembangunan Aplikasi Web merujuk kepada aktiviti membangunkan perisian yang dicapai melalui persekitaran Web. Oleh kerana bahasa asal Web iaitu HTML adalah terhad kepada paparan maklumat, bahasa pengaturcaraan khas diperlukan untuk menjalankan aktiviti pemprosesan maklumat yang akan dijalankan oleh Server Machine. Antara bahasa pengaturcaraan popular pada hari ini termasuklah PHP (PHP Hypertext Processor), ASP (Active Server Page) dan JSP (Java Server Page). Ketiga-tiga bahasa ini mempunyai sejarah dan komuniti yang tersendiri.
PHP pernah merekodkan catatan sebagai bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh sejumlah 20 juta Internet Domain pada bulan April 2007. PHP juga turut dicatatkan sebagai penyumbang kepada 30% Web Vulnerabilities. Antara punca yang dikenalpasti adalah kelalaian pengaturcara di samping ralat teknikal pada bahasa tersebut.
-----

No comments:

Stats