Bukti Altantuya bersama Azilah, Sirul
SHAH ALAM 26 Ogos - Percikan darah pada sepasang selipar yang dijumpai dalam jip Suzuki Vitara dan penemuan beberapa barang peribadi Altantuya Shaariibuu membuktikan wanita Mongolia terbabit berada bersama Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, sebelum dibunuh.
Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa terdapat bukti kukuh untuk menyokong keterangan mengikut keadaan bagi membuktikan elemen niat bersama seperti dinyatakan dalam pertuduhan.
Menurutnya, rekod transaksi telefon bimbit (panggilan suara) mahupun khidmat pesanan ringkas (SMS) jelas menunjukkan Azilah dan Sirul Azhar ada berkomunikasi dalam waktu yang penting itu.
''Begitu juga dengan transaksi penggunaan kad Touch' n Go ( P119) dan kad Smart Tag yang dijumpai dalam kenderaan pacuan empat roda Suzuki 1300 bernombor pendaftaran CAC 1883, jelas menunjukkan pergerakan Sirul.
source : utusan